20.9.12

Android lover!

Oh-my!
Dah lama x update :D
Sibuk dengan thesis la katakan.. so, dah lepas viva ni.. blh la update blog hewhew.

Right now I'm trying to blog using android phone. As the title said, I'm now an Android Lover *BOO.. lambaaat*

Takpetakpe.. slama ni syg sgt dgn blekberi dia kan.. dulu kononnye xsuka other phone sbb xsuka sume touchscreen kann.. now, ambiiiik.. dh terkedek2 menaip guna phone touchscreen hahaha padanmuka sendirik :'(

Apa nak cite pn xtau sbnrnya. Saje je update ni. Nak cite pasal raya mcm dah basi hehe. Saje poyo nk tunjuk dah pandai guna android phone walopun bru sehari -.-' ye laa dulu pki blekberi mau duaminggu bru reti nk gune hiks.

Eeniwei,
Sy dpt anak sedara baru. Anak sedara belah suami la. Belah sy, mana nk dpt kawin pn belom huhu. Agaiiin, a boy. Actually, the mother expecting a girl yg lahir.. tp, Allah berkehendak lain.. alhamdulillah. Terima je, janji sihat. Kan?
Nama dia blom ada lg. Sy pn x tgk lg.. patutnye balik kampung last Monday, cuti kan. Tapi, demam plak. Batal balik, batal la tgk baby baruuu. Nanti raya haji la jumpe.

Okelah, nti kita sambung balik. Harap2nya dh ada android phone ni rajin sket sy update blog :)
Nak reply msg customer kt fb jap *promote onlineshop kt fb skali haha*

Tata.


24.4.12

Selesai sudah KAPREZA 2012



Selalunya, saya tak berapa excited nak bercerita mengenai aktiviti2 di Kolej kediaman di UKM tempat saya belajar.. tapi kali ini, kali pertama saya rasa nk bercerita mengenai salah satu program yang cukup besar yg berlaku di kolej dimana saya menjawat sebagai felo biro HELA, iaitu KAPREZA.

KAPREZA atau Karnival Premier Za'ba adalah sebuah program gabungan antara seluruh biro yang ada di dalam carta organisasi JAKSA (Jawatan Kuasa Siswa/siswi) di Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Lebih sesuai untuk disebut program keluarga KPZ sbb ini sebenarnya macam hari keluarga kolej kami.. Alumni2 KPZ pun datang semata2 nk menjayakan program ini.



Kenapa saya ttbe nk cerita pasal KAPREZA'12, padahal dah 3 tahun berturut2 sejak menjawat menjadi felo di KPZ saya attend KAPREZA ni, xde plak terfikir nk cerita, kan?
Bukaaan.. bukan sebab penaja dia HOTFM yee.. bukan juga sbb VVIP yang di jemput itu adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan.. Tapi, kerana :

pertama. Sebab majlis felo yang sekarang adalah majlis felo terbaik di mata saya berbanding majlis felo sblm ini. Kerjasama diantara kami dan saling menyokong antara satu sama lain tu memang ada. bukan mcm sebelum2 ni, felo lama dengan felo baru ada jurang pemisah. Sangat tak seronok.

kedua. Sebab Kapreza tahun 2012 ni saya tak balik kampung hahahaha :p tahun2 sebelumnya saya attend Kapreza paling lama pn 3hari.. tak dpt attend full week sbb time tu laa tiket flight murah utk balik kampung.. pastu, memang KAPREZA ni dibuat ketika cuti semester.. tak pn selepas cuti semester, tp kelas blom berapa nak mula lagi :D

ketiga. Sebab saya meniaga :) Ada kesempatan untuk buka booth jual baju2 yang saya jual di facebook heeheee.. berdebar dan seronok rasanya :D sebab tu laaa excited nk cite pasal KAPREZA'12 ni wakakakakakaaa..

Alasan yang munasabah kan? :p

Dibawah adalah poster/banner KAPREZA'12



Jadiii, nak dijadikan cerita.. hari pertama iaitu khamis lepas 19hb April 2012 bermula lah hari keluarga KPZ, KAPREZA'12.. xberapa ramai orang datang, sbb hari skolah.. ramai budak2 yg ada kelas or exam midsem.. Program2 kecik pn x banyak pada hari tu.. Saya mula start niaga.. setting2 booth bersama rakan felo 2orang lagi.. yg sorg jual tudung, yg sorang lg jual perfume dan v-booster. kami kongsi booth yang sama :)

Hari kedua pula, hari bersejarah dalam hidup saya selama 28tahun diberi usia oleh Allah SWT iaituuuuu memakai tudung dengan baik dan benar di depan student2 KPZ :D Pakai tudung untuk attend Forum Perdana pada mlm itu.. sebelum ni pernah jg pakai tudung, eh.. taklah pakai tudung, tp pakai selendang. Kapreza'10 saya pakai selendang je attend Forum Perdana tu..
Actually bukan kali ptama la pakai tudung dengan elok hahaha.. yg ptama tu masa pg pejabat agama, daftarkan pernikahan :)

Hari ketiga pulaaa, ada battle of the band. i was incharge on this part of the event. jadi pemantau je.. :)
Dah 3kali tgk battle of the band time KAPREZA, baru tahun ni pesertanya MANTAP! most of them mmg pandai maiin musik la.. i mean, sedap di dengar telinga.. ada satu kumpulan tu siap gaya mcm rock band lg :D

Hari ahad, adalah hari last KAPREZA'12.. program ada byk berbanding hari2 sblmnya. Hari ahad program yang dah start dari pagi2 lagi ada belajar buat macaroon/macaron *tatau mana satu spelling yg betul*.. ada kids show, grafitti, raja makan *makan burger Otai sampai muntah -__-* dan byk lg.. Tapi, yang paling dinanti2kan adalah malam kemuncak KAPREZA iaitu malam penutupan yg dirasmikan oleh YB Dato' Razali Ibrahim, timbalan Menteri Belia dan Sukan daaaannn KONSERT!

Konsert ahad malam tu diramaikan dengan artis2 seperti Black, Klangit dan Sofazr.

Satu yang sedih, saya tak berkesempatan tgk konsert T____T
Macam tahun2 lepas, saya sempatkan jg tgk.. tapi ntah knp tahun ni hati tak menggebu2 nak tgk konsert..
adakah itu tanda2 saya SUDAH TUA????

Speaking of which, kamu2 yang merasa masih belia muda remaja, boleh la klik SINI untuk sama2 menikmati masa muda :D
P/S. ada saya di salah satu gambar.




FOR THE RECORD
Untuk adik2 yang telah menjayakan Program KAPREZA'12 ni.. tahniah. penat peluh anda semua kami hargai. untuk senior2 yang sanggup datang tengok n tolong pun terima kasih.. jasamu sentiasa di kenang.
Cuma satu hal je yang tak berapa seronok.. Post mortem was not supposed to be that way.
Saya jangkakan, selepas "virus2" dah takde kt KPZ.. semua akan baik2 saja. But, it was not. how i wish we could just appreciate others tak kira la orang tu byk buat kerja or tak. orang tu boleh balik tido. orang tu tak nampak kelibat. orang tu tak berpanas2 mcm kita. itu semua bukan satu alasan untuk kita marah. Kalau kita sanggup buat kerja dan berpanas2 dengan ikhlas, kita takkan salahkan oranglain yang tak buat kerja.
semoga tahun2 hadapan kejadian ni tak terulang lagi.

27.3.12

Online Shopping

Suka cuci mata?

Boleh cuci mata dsini dan shopping..!!!
Kalau berminat, boleh PM saya di luna.corner@yahoo.com / ninadewe@gmail.com..
Nak komen kat post ni pon boleh :)

Enjoy..

1) Sweet Puff Chiffon Cardigan - Dark Purple, Orange, Grey, Light Purple.






2) Sexy Long Tanktop - Orange, Black, White, Hot Pink.





3) Cute Cotton Silk Blouse - Mustard, Red, Blue.



4) Lovely Chiffon Long Skirt with Inner - Maroon, Ocean Blue, Red.




Gambar bila dipakai ada di bawah :)















Yah!
Ada banyak lagi sbnrnya.. hahahaha.. tapi saya blom amik gambar :D
Nanti kalau mendapat sambutan, baru saya post lagi yang lain hihihii.. boleh pulak camtu kan? *boleehh.. blog sendiri, buat la papepun hihihiii*

Apa? nak tau harga? harga boleh PM yee.. baju/skirt/cardi/tanktop ni smuanya limited.. stiap satu kaler ada satu je..
So, siapa cepat dia yang dapat ^_^

Lai lai lai.. jangan malu2.. boleh email sy di luna.corner@yahoo.com or ninadewe@gmail.com..
Tanya apapun boleh, jgn tanya pasal dah hamil or belom je dah leewww.. -__-"

Bagi sesape yg pakai BB tu boleh la minta pinbb kalau memang nak beli ye.. klo tanak beli pn, blh je minta pin utk tambah2 contact list :D


p/s.
Suka shopping online?
Boleh shopping online disini juga.. semuuuuuaa ada :)



23.3.12

Start with a small business.

Haaaaaai..

Long time no update ya hahahaa.. Banyak prob kena settle b4 April.. so, last 2 weeks saya balik kampung untuk uruskan sume benda ituuu.. walaupun masi lagi belum settle, saya kena laaa balik ke kehidupan sebenar di Malaysia iniii.. Banyak komitmen yg penting disini. uhuk.

Eniweiss,

Saya sedang melatih diri untuk menjadi business woman :D
Saya nak start meniaga nii hihihihii..

Nak meniaga ni ada rasa takut, ada rasa segan.. ada rasa malas.. huhu.. tp, kena diteruskan jugaa sbb baju dah pn di beli! yaaaa.. Baju dah ready dgn sy.. limited la, rasanya xde lagi org jual baju yang saya jual ni kt Malaysia.. :)

Mengenai material dan kualiti, insyaAllah apa yang saya jual adalah barangan yang baik dan harap2 menarik minat all of the ladies out there yaaa ^_^

kat sini saya bagi contoh2 baju yang akan  dijual.. tapi,  ada yang tak available.
Later on, kalo diri ini sudah ready *skrg masiii lagi tak ready :D* akan update gambar setiap satu baju yang available..

Sila menjamu mata yeee.. kalau ada yang berkenan, boleh komen or email sy di : ninadewe@gmail.com










oh ya, actually saya ada buat satu akaun di facebook khas untuk baju2 ni.. but, as i mention earlier.. saya belum ready hahahaaa.. jadi, skrg blom publish sangat. It means, blog ini adalah media pertama yang saya pilih untuk promokan baju :)

Thanks!

2.3.12

berduka.

Buka2 fesbuk, baca home dan tiba2 terbaca satu status.. 

Kel besar Cendana berduka :( Selamat jalan Donny Eka Putra

Saya terus terpegun. Donny Eka Putra??? nama yg rajin bagi komen kat fb.. nama yang biasa saya dgr sejak kecil.. OH GOD!!! benarkah status yg sy baca itu?

kemudian sy skrol lg k bawah tgk2 status org lain.. mana tau ni tipu2 je..

tapi, semakin skrol ke bawah, semakin byk status yg bunyi nya hampir2 sama..

serrr, darah mula mengalir laju.. benarkah???

terus sy buka page kawan saya tu.. bang DEP. He's gone :'(

I was soooo sad. And speechless.

Kami dah kenal dari kecil2.. dr tadika kot.. berjiran.. sekolah pn sama, cuma dia senior la.. beza dua tahun dgn saya. adik dia yg lelaki, junior saya setahun.. adik perempuan pula junior sy 2tahun.. we're close sbb berjiran. kecil2 pn main sama2.. 

He's a friend of my brother. a friend of every Cendanarians. walopun tak bgitu rapat, tapi kami dekat. berbalas komen.. 

He is a good person. A really good person. 

Semoga bang Donny ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aamiiin. *baca al-fatihah dalam hati*


*al-fatihah ini utkmu papa, mamanya Afdhal yg juga baru meninggal smlm, n bang Donny :(*


p/s. the moment i write this entry, hari hujan. dingiiin. semoga yang di dalam kubur pn merasakan sejuknya.




1.3.12

First Time : Steamed Fish.

okay, ni entri singkat :p

Tadi sangat2 sibuk di luar rumah.. kesana kemari urus perkuliahan, cheque felo, ini itu dan lain2.. sampai tak igt nak masak kt umah.. husband pon takde kt umah time balik kul 1 tghari td.. huhuhu.. kelam kabut balik umah terus online anta email kt boss, pastu anta email invoice kt member dalam organisasi.. pastu ttbe husband balik! *lap peluh*

Tengok atas meja makan, xde pape. hahahaha.. nasi pun tarak! apeeeda punya bini nih.. *ckp kt diri sndr*
pastu ckp kt husband, nk mkn apa.. husband dgn baik hati ckp, bli je kt cafe.. skali dgn nasi. okay.

Tapi ntah knp, hati dan tangan ini trasa nak masak jg.. sbb dah biasa masak.. klo bli mknn kt luar tu, mesti tak puas hati sbb ayam keras laa.. sayur kurang rasa laa.. bla bla bla.. *cheh, mcm dah pro sgt masak hahaha* sooo, start la mengeluarkan ikan dr dlm freezer.. ada lg 4potong ikan kembung yg bli kt pasar mlm aritu.

dah kuarkan ikan, dah potong bawang.. tgk2 minyak abis la pulaaak!!! haiiip.. tak blh jd ni.. terus teringat ibunda pernah masak ikan steam yg sedaaapp.. tp, ikan tu ada daun pucuk ubi? kt umah xde pucuk ubi.. aaaahhh, nevermind! masak je ala Nina.. :p

So, inilah hasilnya..

bawang putih je nampak hahaha..

sbnrnya ada 4 potong, tp dua dah abis d lahap :D
Senang je nak masak ikan steam ni..

Bahan yang perlu ada :
-ikan *of course*
-bawang putih (td guna 3cloves je sbb ikan ada sikit je)
-bawang kecil (guna 3cloves jg..)
-halia sebesar ibu jari
-3biji limau nipis
-garam secukupnya (3sudu kecil)
-gula 1 sudu kecil
-minyak masak 1sudu kecil
-alumunium foil

caranya :

potong2 bawang putih, bawang kecil n halia.. suka2 jee.. janji dia tak besar2.. :p
pastu masukkan ikan dlm mangkuk, masukkan bawang2, halia, minyak, garam, n gula.. gaul2 pastu masukkan pula air limau nipis.. gaul2 sampai rata.
kalo rajin, perap la lama sket.. supaya garam meresap.. td sy tak perap sbb dah lapar hahaha..

dah siap tu, panaskan la ketuhar anda.. saya dpt hadiah kawin dr family angkat kt rawang.. ketuhar panggang.. best! dah byk kali guna.. hehehe..

haaa.. sambil2 tu, bungkus lah ikan dlm alumunium foil.. letak skali air n bawang2 yg ada time perap ikan tu td.. dah siap, masukkan dalam ketuhar panggang.. masak la selama 10-15minit.. klo ikan tu besar, masak lama sikit.. sbb takut tak masak.. :)

Itu sahajaaaa.. dah masak, jamahlah ikan steam itu bersama nasi panasssss! ^_^


Mendadak Shopping


Haaaaaaaaaaaai
Lama jgk tak menulis.. Kesibukan sebagai suri rumah tangga n sebagai pelajar, tambah lg memegang jawatan sekretaris d sebuah organisasi plus warden di kolej membuatkan sy tak sempat nk godek2 internet..
Ini pn post entry guna hp huhuuu..
Tp xpe, janji ada entry baru walopun berkurun nk post n entry nye pendek je -_-"

So,
Dijadikan cerita.. 29hb2 iaitu smlm sy n kawan2 warden bercadang nk pg makan BK *burger king* sempena promosi whooper Jr. / grilled chicken nya yg berharga RM 1.95 sahaja itu..


Planning nya dr awal bln lg nk mkn kt BK sbb byk promosi.. Tp, xpg2 jgk sbb sorg ada hal ni sorg ada hal tu..

promosi dr BK yang ktorg excited nk pegi tapi batal huhu..

promosi kedua yang saya tau mmg sungguh dap2 rasa burger blackpepper BK ini pun batal pg jg :(

Tapi akhirrrnyee kami pegiii, walopun smlm sorg warden ni membuatkan kami merajuk2 manja sbb dia pg dgn orglain instead of us.. Pdhl janji pg dgn ktorg hahahahaha.. Perlu ke letak link blog dia kt sinii?? Hahahahaah.. Tak, tak.. Takpe, akan kami igt :p
Jadilah kami pg ke Alamandaaaa.. Sbb tu je shopping complex yg paling dkt n ada BK..
Sampai je kt BK, wuiiiiihhh ramai gile org! Tgk2 jam, alaahaaaii patut laa.. Jam mkn tghari.. Mmg la ramai.. Huuhuu..
Nasib baik kami bw bodyguard dua org lelaki yg blh tlg carikkan tmpt duduk.. Berjaya jgk makan BK dgn tenang, hati senang n kenyang.. \(´▽`)/

After lunch at BK, mcm biasa lah perempuan ni mesti nk menyinggah2 kan.. So, kami perempuan menyinggah kt elianto sbb mmbr nk cr brush make up yg satu set..
Sampai elianto, sy yg xde plan nk bli pape ttbe ternampak lipgloss cantik -_-" yg memanggil2 utk d pgg n d cuba..
Pegi laaa, mencubaa.. Dah mmg kehabisan lipgloss.. Kalau ada pn, dah expired sbb lama sgt simpan dr thn 2009 huhhuhu..
Cuba2 kt tangan, ttbe sorg sales girl kt elianto tu suh try kt bibir sbb try kt tgn tak nampak.. *cis, sj suruh aq try sbb nk suh aq bli la kaaaan..* eeeeh, dh try jd cantik plaaaakk ‎​T___T

Sy ni jenis susah sket nk halang diri dr membeli brg2.. Tgk harga plak rm20, gatal tgn nk membeli.
Last2, mmbr yg cr brush tu x jd bli.. Sy plak pg byr lipgloss.. Cantek.
Nasib laaah lipgloss tu ada disc 10% lg.. Xdela rs membazir huhuhuh.. *eh, x membazir pn sbnrnya.. Sbb mmg perlu huhuu*


ini hasil tangkapan kamera hp yg ala kadar yee.. maafkan -_-"

Itulah cerita mendadak shopping smlm.
Nanti klo ada cerita lg, sy share :D
Tataaa..


18.1.12

Astro

Simpel, pendek, tepat sasaran dan terbaik. hahaha.. ni ha.. tajuk post kali ni.. pasal Astro.
Jaman sekarang ni, ada lg ke org tak pasang Astro kt rumah masing2??? ada ke??? ADA.
hahahaha.. yea! saya dulu duduk rumah free dr UKM ni x pasang Astro.. sbb xde duit nk bayar bulan2.. :p
student kan.. nak bayar guna apa.. klo ada duit pn, baik simpan utk bayar yuran pada hujung semester hehe..

Tapi takpe, itu dulu.. sblm saya menikah. skrg ni, dah menikah duduk rumah suami.. ada la Astro.. ihihiii..
walopuun channel yg d langgan tu yg standard je.. boleh laa untuk mengurangkan ke-tension-an hidup di kala cite2 xde yang best di channel2-boleh-dapat-tanpa-receiver-like-Astro :D

Saya ni jenis tak suka tgk drama.. tp klo dah xde cite best nk tgk, yeaaa terpaksa la tgk jgk drama2 tu.. bukan cuma drama melayu yg tak suka tgk.. tp drama from my own country pn cukup tak suka yee.. actually bukan TAK SUKA.. cuma kurang minat.. kalau ada bnd lain blh tgk, knp nk tgk drama tu..? heheheh..

So, sejak ada Astro kt rumah ni.. channel yg akan di buka pertama sekali adalah 701-702.. klo xde cite best yg disukai (cth : CSI, Blue Bloods, NCIS, Hot in Cleveland, LnO : SVU, and kawan2 sejenisnya) saya tukar ke 703 utk tgk rancangan masak memasak.. seronok! heee.. pastu, kalau rancangan memasak pn tak berapa best, saya akan tukar channel ke 104-105.. ternanti2 Masterchef Malaysia yg final tu.. asik tak dpt tgk aje. huh. kalo xde masterchef tu sy tgk Kelasss Kau Maria.. tp yg ulangannye lah.. suka tgk Scha.. baju dia cantik2.. hahahahaha.. kalo dah abis rancangan yg best utk di tengok tu.. barulah tukar ke channel yg tgh tayangkan drama2.. kira, last choice la.. hehe..
Kalau ex-hosmet saya ni, dia suka tgk drama indonesia n malaysia.. hahaha.. kalau anda mcmn? :)




p/s. Last year, suami cakap awal tahun 2012 nk langgan Indopek sbb nk tgk rancangan OVJ n Bukan Empat Mata.. tapiiii, nti lah.. saya rasa blom perlu sgt pon.. channel yg ada skrg ni pn dh byk.. walopun best gak klo blh tgk OVJ hihihih.. korg pernah tgk? klo tak pernah, cb tgk kt Youtube dulu..
yang dibawah ni utk si suami.. pakej2 yg Astro offer :D





12.1.12

Mencari duit tambahan disini

ya! dsini!
hahaha.. takdela.. bukan kt blog ni.. tp kat si burung-biru-mata-besar iniiii..

comelnyeee.. ini CC dlm bentuk pendrive..

yap! kt churpchurp kamu boleh dpt duit.. simpel je caranya.. just register kt sini then isi lengkap2 profile kamu masing2.. after that dah blh promo kan apa2 yg CC letak dekat bahagian social network. kamu hanya perlu akaun FB dan akaun TWITTER utk buat sume ni aaaand dapat duit! senang kan? :)

easy peasy! hehe.. kalo dah register, jgn lupa link kan akaun CC kamu dengan akaun FB n Twitter tuu yee..
selamat mencuba!



Jalan2 di SNOWALK

warning : akan ada banyak gambar dalam entry ini :D and it starts, now!


Ahad lepas husband ajak pegi jalan2 ke shah alam.. Tgk i-city.. Heheh.. Padahal dh pernah pg dah dulu.. Bawa mama, makcik, abg n anak sedara g tgk lampu2.. Tp time tu tgh hujan.. So, xberapa sronok.. Lagipun time tu blom ada taman permainan mcm skrg.. Snow2 pn ntah kt mana.. Hahaha..

Aritu, husband bg surprise.. Dia bli groupon utk pg i-city ni.. Dpt la murah. Bagus groupon tau.. Byk je bg discount2.. Sila la melawat.. Kot2 ada yg bkenan di hati.. :)

So, ni la dia gbr2 kt dlm SnoWalk tu..

cop dulu sblm masuk

puteri katak bersama pangeran katak... hee.. ini di lobby..

its veeery freezing here.. sbb ada kipas aircond besar.. abaikan peha ayam itu T__T


husband :)

inside igloo but i'm not an eskimo..

salah pose. huhu..

nice pose, husband! :p

di tempat ini.. ingat ya! di tempat inilah saya jatuh. so, siapa2 yg nk pg tu, be careful.





Bagi yg nk pegi sana, sy suggest pakai la pakaian yg proper.. Maksudnya, pakai pakaian yg blh hangatkan badan. Sebab, memang sejuk!!! Sejuk salju/ais dia satu hal.. Sejuk angin aircond dia pn buatkan menggigil.. Pakai kasut yg proper jg, jgn macam saya.. Pakai flatshoes, pastu jatuh -_-" malu n sakit. Tq.

Other than SnoWalk, kami jg dpt tiket utk naik permainan yg ada kt i-city tu.. Mcm ferris wheel.. Pirateship.. Carousel, train yg utk pusing2 seluruh i-city *tatau apa nama nya* n ada la bbrp permainan lg.











Kat sana pn ada mcm funfair tu.. Yg baling2 bola pastu dpt hadiah anak patung.. Tp, tak berapa best sbb tak ramai sgt org dtg.. So, nampak tak happening. Mgkn sbb blm ramai yg tau.. Lgpn agak mahal jgk la if tak amik discount yg groupon offer tu.




Maybe nanti klo dh ramai org yg dtg i-city ni, baru lah happening mcm genting highland.. Sampai susah nk jalan klo musim cuti skolah. Hohohoh.. Tp, sronok lg klo tak ramai org sbb xyah beratur panjang nk naik ferris wheel hahahahaha.. Pastu, fotog yg kt dlm SnoWalk pn xmarah kita amik gbr guna kamera sndr.. Siap tlg amikkan gbr lg. Klo kt genting, jgn harap la dia nk tlg amikkan gbr guna kamera kita.. Nak bw kamera masuk dlm pn xboleh -_-"

Apa2pun, best taaauuu pegi i-city yg skrg ni.. yg tak best hanya harga parking. Mahal. Dia tulis kt situ rm1 klo masuk b4 kul 6.. Klo after 6, rm2. Ntah sy yg silap baca or itu hanya kamuflase sahaja, last2 ktorg byr rm11. Nice.