7.1.13

20.9.12

Android lover!

Oh-my!
Dah lama x update :D
Sibuk dengan thesis la katakan.. so, dah lepas viva ni.. blh la update blog hewhew.

Right now I'm trying to blog using android phone. As the title said, I'm now an Android Lover *BOO.. lambaaat*

Takpetakpe.. slama ni syg sgt dgn blekberi dia kan.. dulu kononnye xsuka other phone sbb xsuka sume touchscreen kann.. now, ambiiiik.. dh terkedek2 menaip guna phone touchscreen hahaha padanmuka sendirik :'(

Apa nak cite pn xtau sbnrnya. Saje je update ni. Nak cite pasal raya mcm dah basi hehe. Saje poyo nk tunjuk dah pandai guna android phone walopun bru sehari -.-' ye laa dulu pki blekberi mau duaminggu bru reti nk gune hiks.

Eeniwei,
Sy dpt anak sedara baru. Anak sedara belah suami la. Belah sy, mana nk dpt kawin pn belom huhu. Agaiiin, a boy. Actually, the mother expecting a girl yg lahir.. tp, Allah berkehendak lain.. alhamdulillah. Terima je, janji sihat. Kan?
Nama dia blom ada lg. Sy pn x tgk lg.. patutnye balik kampung last Monday, cuti kan. Tapi, demam plak. Batal balik, batal la tgk baby baruuu. Nanti raya haji la jumpe.

Okelah, nti kita sambung balik. Harap2nya dh ada android phone ni rajin sket sy update blog :)
Nak reply msg customer kt fb jap *promote onlineshop kt fb skali haha*

Tata.


24.4.12

Selesai sudah KAPREZA 2012



Selalunya, saya tak berapa excited nak bercerita mengenai aktiviti2 di Kolej kediaman di UKM tempat saya belajar.. tapi kali ini, kali pertama saya rasa nk bercerita mengenai salah satu program yang cukup besar yg berlaku di kolej dimana saya menjawat sebagai felo biro HELA, iaitu KAPREZA.

KAPREZA atau Karnival Premier Za'ba adalah sebuah program gabungan antara seluruh biro yang ada di dalam carta organisasi JAKSA (Jawatan Kuasa Siswa/siswi) di Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Lebih sesuai untuk disebut program keluarga KPZ sbb ini sebenarnya macam hari keluarga kolej kami.. Alumni2 KPZ pun datang semata2 nk menjayakan program ini.



Kenapa saya ttbe nk cerita pasal KAPREZA'12, padahal dah 3 tahun berturut2 sejak menjawat menjadi felo di KPZ saya attend KAPREZA ni, xde plak terfikir nk cerita, kan?
Bukaaan.. bukan sebab penaja dia HOTFM yee.. bukan juga sbb VVIP yang di jemput itu adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan.. Tapi, kerana :

pertama. Sebab majlis felo yang sekarang adalah majlis felo terbaik di mata saya berbanding majlis felo sblm ini. Kerjasama diantara kami dan saling menyokong antara satu sama lain tu memang ada. bukan mcm sebelum2 ni, felo lama dengan felo baru ada jurang pemisah. Sangat tak seronok.

kedua. Sebab Kapreza tahun 2012 ni saya tak balik kampung hahahaha :p tahun2 sebelumnya saya attend Kapreza paling lama pn 3hari.. tak dpt attend full week sbb time tu laa tiket flight murah utk balik kampung.. pastu, memang KAPREZA ni dibuat ketika cuti semester.. tak pn selepas cuti semester, tp kelas blom berapa nak mula lagi :D

ketiga. Sebab saya meniaga :) Ada kesempatan untuk buka booth jual baju2 yang saya jual di facebook heeheee.. berdebar dan seronok rasanya :D sebab tu laaa excited nk cite pasal KAPREZA'12 ni wakakakakakaaa..

Alasan yang munasabah kan? :p

Dibawah adalah poster/banner KAPREZA'12



Jadiii, nak dijadikan cerita.. hari pertama iaitu khamis lepas 19hb April 2012 bermula lah hari keluarga KPZ, KAPREZA'12.. xberapa ramai orang datang, sbb hari skolah.. ramai budak2 yg ada kelas or exam midsem.. Program2 kecik pn x banyak pada hari tu.. Saya mula start niaga.. setting2 booth bersama rakan felo 2orang lagi.. yg sorg jual tudung, yg sorang lg jual perfume dan v-booster. kami kongsi booth yang sama :)

Hari kedua pula, hari bersejarah dalam hidup saya selama 28tahun diberi usia oleh Allah SWT iaituuuuu memakai tudung dengan baik dan benar di depan student2 KPZ :D Pakai tudung untuk attend Forum Perdana pada mlm itu.. sebelum ni pernah jg pakai tudung, eh.. taklah pakai tudung, tp pakai selendang. Kapreza'10 saya pakai selendang je attend Forum Perdana tu..
Actually bukan kali ptama la pakai tudung dengan elok hahaha.. yg ptama tu masa pg pejabat agama, daftarkan pernikahan :)

Hari ketiga pulaaa, ada battle of the band. i was incharge on this part of the event. jadi pemantau je.. :)
Dah 3kali tgk battle of the band time KAPREZA, baru tahun ni pesertanya MANTAP! most of them mmg pandai maiin musik la.. i mean, sedap di dengar telinga.. ada satu kumpulan tu siap gaya mcm rock band lg :D

Hari ahad, adalah hari last KAPREZA'12.. program ada byk berbanding hari2 sblmnya. Hari ahad program yang dah start dari pagi2 lagi ada belajar buat macaroon/macaron *tatau mana satu spelling yg betul*.. ada kids show, grafitti, raja makan *makan burger Otai sampai muntah -__-* dan byk lg.. Tapi, yang paling dinanti2kan adalah malam kemuncak KAPREZA iaitu malam penutupan yg dirasmikan oleh YB Dato' Razali Ibrahim, timbalan Menteri Belia dan Sukan daaaannn KONSERT!

Konsert ahad malam tu diramaikan dengan artis2 seperti Black, Klangit dan Sofazr.

Satu yang sedih, saya tak berkesempatan tgk konsert T____T
Macam tahun2 lepas, saya sempatkan jg tgk.. tapi ntah knp tahun ni hati tak menggebu2 nak tgk konsert..
adakah itu tanda2 saya SUDAH TUA????

Speaking of which, kamu2 yang merasa masih belia muda remaja, boleh la klik SINI untuk sama2 menikmati masa muda :D
P/S. ada saya di salah satu gambar.




FOR THE RECORD
Untuk adik2 yang telah menjayakan Program KAPREZA'12 ni.. tahniah. penat peluh anda semua kami hargai. untuk senior2 yang sanggup datang tengok n tolong pun terima kasih.. jasamu sentiasa di kenang.
Cuma satu hal je yang tak berapa seronok.. Post mortem was not supposed to be that way.
Saya jangkakan, selepas "virus2" dah takde kt KPZ.. semua akan baik2 saja. But, it was not. how i wish we could just appreciate others tak kira la orang tu byk buat kerja or tak. orang tu boleh balik tido. orang tu tak nampak kelibat. orang tu tak berpanas2 mcm kita. itu semua bukan satu alasan untuk kita marah. Kalau kita sanggup buat kerja dan berpanas2 dengan ikhlas, kita takkan salahkan oranglain yang tak buat kerja.
semoga tahun2 hadapan kejadian ni tak terulang lagi.

27.3.12

Online Shopping

Suka cuci mata?

Boleh cuci mata dsini dan shopping..!!!
Kalau berminat, boleh PM saya di luna.corner@yahoo.com / ninadewe@gmail.com..
Nak komen kat post ni pon boleh :)

Enjoy..

1) Sweet Puff Chiffon Cardigan - Dark Purple, Orange, Grey, Light Purple.






2) Sexy Long Tanktop - Orange, Black, White, Hot Pink.





3) Cute Cotton Silk Blouse - Mustard, Red, Blue.



4) Lovely Chiffon Long Skirt with Inner - Maroon, Ocean Blue, Red.




Gambar bila dipakai ada di bawah :)















Yah!
Ada banyak lagi sbnrnya.. hahahaha.. tapi saya blom amik gambar :D
Nanti kalau mendapat sambutan, baru saya post lagi yang lain hihihii.. boleh pulak camtu kan? *boleehh.. blog sendiri, buat la papepun hihihiii*

Apa? nak tau harga? harga boleh PM yee.. baju/skirt/cardi/tanktop ni smuanya limited.. stiap satu kaler ada satu je..
So, siapa cepat dia yang dapat ^_^

Lai lai lai.. jangan malu2.. boleh email sy di luna.corner@yahoo.com or ninadewe@gmail.com..
Tanya apapun boleh, jgn tanya pasal dah hamil or belom je dah leewww.. -__-"

Bagi sesape yg pakai BB tu boleh la minta pinbb kalau memang nak beli ye.. klo tanak beli pn, blh je minta pin utk tambah2 contact list :D


p/s.
Suka shopping online?
Boleh shopping online disini juga.. semuuuuuaa ada :)



23.3.12

Start with a small business.

Haaaaaai..

Long time no update ya hahahaa.. Banyak prob kena settle b4 April.. so, last 2 weeks saya balik kampung untuk uruskan sume benda ituuu.. walaupun masi lagi belum settle, saya kena laaa balik ke kehidupan sebenar di Malaysia iniii.. Banyak komitmen yg penting disini. uhuk.

Eniweiss,

Saya sedang melatih diri untuk menjadi business woman :D
Saya nak start meniaga nii hihihihii..

Nak meniaga ni ada rasa takut, ada rasa segan.. ada rasa malas.. huhu.. tp, kena diteruskan jugaa sbb baju dah pn di beli! yaaaa.. Baju dah ready dgn sy.. limited la, rasanya xde lagi org jual baju yang saya jual ni kt Malaysia.. :)

Mengenai material dan kualiti, insyaAllah apa yang saya jual adalah barangan yang baik dan harap2 menarik minat all of the ladies out there yaaa ^_^

kat sini saya bagi contoh2 baju yang akan  dijual.. tapi,  ada yang tak available.
Later on, kalo diri ini sudah ready *skrg masiii lagi tak ready :D* akan update gambar setiap satu baju yang available..

Sila menjamu mata yeee.. kalau ada yang berkenan, boleh komen or email sy di : ninadewe@gmail.com










oh ya, actually saya ada buat satu akaun di facebook khas untuk baju2 ni.. but, as i mention earlier.. saya belum ready hahahaaa.. jadi, skrg blom publish sangat. It means, blog ini adalah media pertama yang saya pilih untuk promokan baju :)

Thanks!