entri ini khusus untuk kau.
mungkin kau tak tau. aku dah maafkan kau lama. sejak aritu lagi aku dah maafkan. senang je aku nak maafkan kau. tapi tak sesenang aku nak bekawan balik dengan kau.
aku bukan macam tunang aku yang senang senang je berbaik balik dengan orang yang dah buat jahat kat dia. aku bukan tunang aku. kalau aku boleh maafkan kau, tak semestinya aku boleh terima kau balik sebagai kawan. aku harap kau faham.
ya, aku memang senang bekawan. aku bukan jenis yang pilih kawan. tapi sekali orang khianat, cakap belakang, sakitkan hati aku macam yang kau buat kat aku dulu.. memang tak dapat la aku nak bekawan balik dengan kau. cukup cukup la dulu aku baik.
jadi tak payah la kau asik asik minta maaf. asik asik sms aku. kau simpan lagi nombor fon aku. padahal aku dah delete lama dah. cuma sebab aku boleh ingat nombor dengan baik tu la aku masih lagi kenal nombor fon kau. aku tak halang kau kalau nak bekawan dengan tunang aku. sila. tapi, tak payah nak bekawan dengan aku balik. kau cari je kawan lain.
kalau pun kau dah berubah, aku masih lagi serik.
terima kasih la sebab kau masih ada niat nak jadikan aku kawan kau walopun aku tak tau apa niat sebenar kau nak bekawan balik dengan aku. sama ada kau ikhlas atau tak, dah tak ada beza pun di mata aku.
selama ni kau je yang asik minta maaf kat aku. sekarang aku pulak. aku minta maaf sebab tak dapat nak bekawan balik dengan kau macam dulu. aku tak boleh nak berpura-pura suka kau, padahal dalam hati aku mengutuk tak suka. aritu aku jumpa kau pun, berat sangat mulut aku nak mulakan ayat untuk berborak dengan kau. aku senyum pun terpaksa. mengingat tunang aku je, aku sanggupkan tanya khabar kau. itu pun aku pujuk hati aku untuk bersabar. sebab tak sedap pulak rasanya tengok tunang aku borak dengan suami kau, aku pulak buat tak tau dengan kau. aku masih ada lagi perasaan. tapi, ada sedikit tak ikhlas. minta maaf sangat sangat. hati aku memang mudah terluka. lagi lagi kalau perempuan yang lukakan. sebab bagi aku, tak ada kawan perempuan yang sanggup tikam belakang kawan perempuan yang lain. tapi, aku dah jumpa kau. baru aku tau, ada rupanya. elok juga kita kenal dulu. kalau tak kenal, tak ada pengalaman aku dalam hal tikam belakang macam ni. sejak kenal kau, aku banyak berhati hati dengan kawan perempuan. aku dah susah percaya kat kawan perempuan. takut jadi balik apa yang dah jadi kat aku dulu. tapi, apapun semua tu dah lepas. aku tulis ni pun bukan sebab aku marah. aku cuma dah tak nak terima apa apa berita, sms, atau apapun pasal kau. tunang aku pun tak pernah sebut nama kau walopun kau masih lagi sms dia. aku tau. tapi aku buat buat tak tau. sekali lagi maaf. lepas ni tak payah la susah susah sms aku. kau buat buat je tak kenal aku. tu lagi baik untuk kita semua. maaf kalau aku jadi macam ni. aku terlalu sakit mengingat apa yang kau dah buat kat aku. maaf.
permintaan maaf yang banyak kali aku sebut ni ikhlas dari aku. harap kau pun ikhlas selama ni meminta kemaafan dari aku.
goodbye.
No comments:
Post a Comment
jyeah! nonsense!!! :p