15.8.11

Puasa

Puasa tahun ini byk issue. Issue dalam universiti, issue dalam fakulti, issue dalam fesbuk, issue dalam twitter. Sangat banyak issue sampai kalau kita follow issue tuu.. Panjang berjela2.

Yang memulakan issue nya hanya seorang.. Tp impak dan komen2 datang dr ramai orang. Komen2 nya pun bernas.

Issue yang pelik adalah issue yg tak jelas ujung pangkalnya. Tiba tiba je dah jd issue. Padahal xde issue pun sbnrnya. Saja je nk buat gempak, buat la bnd tu jd issue.

Bulan puasa mcmni, harus banyak sabar menghadapi issues. Harus juga pandai menyikapi issue tersebut. Kalau rasa tanak malu, jangan komen pasal issue tu. Sbb takut salah cakap. Tak pasal2 jd begaduh.

Macam issue horoskop. Itu pun issue yg agak heboh. Tapi, saya tanak buang kt blog ni. Haha. Suka simpan. Tak bermaksud saya simpan ni sbb saya setuju dengan apa yg horoskop tu cakap. Nooo. Tp sbb nak naikkan statistik orang komen. Hehe. *walopun sorg je yg komen (˘_˘") *

Banyak issue yg bikin panassss.. Tapi, sejuk2kan lah hati klo issue tu tak berapa berkaitan dgn diri kita. Kalo nak komen pn, pk 1000kali bru tekan enter.

Bagi yang suka up kan something jd issue, pk2 la balik.. Apa baik buruknya nk up kan sesuatu tu jd issue semasa. Klo xpenting2 sgt, xyah laa.. Buang tenaga je. Baik beramal je bulan puasa ni drpd buat orang ramai jd tak senang duduk. Tp klo issue tu memang patut d up kan, elok la tenangkan pengomen if dah jd terlalu panas issue tu.

I loooove issues. Tp issues yg dinyanyikan the saturdays. Haha. Sedaaap. Cb google atau cr kt 4shared.

K la.
Nak update twitter.
Eh, tak. Nak tido.
Gnite dan selamat bersahur.

P/s. Innalillahiwainnailihirojiun. Telah berpulang ke rahmatullah adik drpd kawan saya, Rangga *bukan rangga dalam cite AADC ya* yg bernama Gowo.. Anak yg sgt baik, sopan, ganteng, pandai.. Serbaserba. Allah maha besar. Mgkn sbb dia serbaserba itulah Allah ambil dia. Semoga arwahnya d tempatkan d tempat orang2 beriman. Aammiiin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12.8.11

keluh kesah di tengah malam.

NEVER believe in 3 people : Sagittarius, Aries, Pisces.
They are the most selfish and mean.

NEVER lose 3 people : Taurus, Cancer, Capricorn.
They are the most sincere and true lovers.

NEVER leave 3 people : Virgo, Libra, Scorpio.
They can keep secrets, friendship , and they can see your tears.

NEVER reject 3 people : Leo, Gemini, Aquarius .
They are true, honest friends.





what do you think guys?


i dont think the libra one totally right. coz i've met one who can't keep my dirty lil secret. sigh.
the pisces one also not true i guess. most of them r nice. so far.

11.8.11

Berbuka puasa di Rasamas

Bulan puasa tahun ini, saya tak berapa berselera terhadap makanan. Tatau knp, tp memang tak mcm tahun2 sebelumnya.. Tahun ni, tengok makanan biasa je. Tak tringin nak bli byk2, nak rasa ni rasa tu.. Perut rileks je. Hehe.

Dah 10hari berpuasa, baru sekali saya makan kat restoran.. Itu pn sbb nak pg bli barang kt Alamanda, so alang2 dah pg shopping complex.. Cari terus tmpt utk berbuka puasa. Terpilih lah Rasamas untuk tempat mengisi perut selepas bedug maghrib..

Sampai kat Alamanda je, saya n encik tunang pegi Rasamas booking tmpt duduk.. Klo tak booking, tak kan dpt la.. Huhuh. Kat sume restoran n kedai mkn pn sama klo bulan puasa camni. Mesti penuh la. Lagi2 restoran fastfood mcm mekdi,kfc,pizzahut.. Wuiiih.. Padat. Nasib la encik tunang tak suka sgt mkn fastfood time puasa.

Gambar adalah tidak byk ye sbb lapar sgt.. ☺Hë•⌣•hë•⌣•Hë•⌣•hë☺.. Jadi, sampai je mknn terus melahap mcm orang tak makan seminggu n takut encik tunang bagi habis mknn #ciri2 ketamakan sudah terserlah dsitu..
Walopun tekak kata tak berapa berselera, tp time dah rasa kesedapan ayam percik Rasamas itu.. Tekak pn dh sama macam perut, tak sabar2 nk tunggu makanan tu d kunyah mulut.

itu sahaja update kali ini. Mood xberapa nk ada sbb tgh demam n selsema. Klo ada mood pn, tpaksa di agihkan kepada membaiki thesis.. So, blog.. Hang in there okay!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3.8.11

puasa hari ketiga

how's your day todayyyy????
i'm good.. all good. hari tak berapa panas.. now tgh hujan.. hosmet pun dah balik rumah dan surprisingly, she wears hijab now!
omaigod.. malu jugak sbb saya yg lagi tua ni tak sedar2 diri nk tutup kepala. -_-' tak boleh nak bagi alasan "belum siap" or ape la.. sbb memang takde alasan tu sbnrnya. huhuh.. biar Allah sahaja yang tau kenapa sampai hari ini kepala masi belum bertutup.

anyway,
hari ini puasa ketiga.. masih lagi bertahan.. emosi pun dijaga walopun agak2 beremosi sebab kan line maxis mengada2 kt UKM ni.. last2 saya contact maxis thru FB n twitter. nasib baik dorg reply. klo tak reply??? saya tukar terus tanak dah pakai maxis. hohohoho..

semalam saya pegi uptown danau kota.. jalan2 tgk2 cuci mata. terjumpa plak baju yang anak sedara kirim.. baju gunting-gunting dia cakap *apekah??* cantik.. saya plak bekenan.. haissshh.. ahahahaa.. last2 saya beli satu.. tujuan beli tu nk amik gambar n tunjuk kt anak sedara.. samada dia nak ke tak *padahal dah sah2 tau dia memang nak.. saja gatal beli satu hahaha* nanti klo dia memang nak, saya beli lagi. ngee~

dah lama tak update gambar kan? malas nk upload.. puasa katakan.. sume pon malas T____T
nak baiki thesis yg penyelia suruh pun malas. mood takde laa.. camne eh? baru baiki satu paragraph, dah ngantuk. camne nk baiki satu chapter???
ni nak update blog macam nak tanak je. nak susun ayat pon malas. hadeeehhh.

semangka!!! semangka!!!




kaki diconteng nota : malam ini semangatkan diri untuk baiki chapter two n three *hamboi.. ada hati nk baiki dua chapter teruss.. padahal satu pn tak tentu boleh -__-'* skrg, nk bsiap pegi kuar bli makanan untuk berbuka.
nak berbuka makan apa eh hari ini???

1.8.11

Selamat Berpuasa. Maaf Lahir Batin.

entri ini khusus untuk kau.

mungkin kau tak tau. aku dah maafkan kau lama. sejak aritu lagi aku dah maafkan. senang je aku nak maafkan kau. tapi tak sesenang aku nak bekawan balik dengan kau.
aku bukan macam tunang aku yang senang senang je berbaik balik dengan orang yang dah buat jahat kat dia. aku bukan tunang aku. kalau aku boleh maafkan kau, tak semestinya aku boleh terima kau balik sebagai kawan. aku harap kau faham.
ya, aku memang senang bekawan. aku bukan jenis yang pilih kawan. tapi sekali orang khianat, cakap belakang, sakitkan hati aku macam yang kau buat kat aku dulu.. memang tak dapat la aku nak bekawan balik dengan kau. cukup cukup la dulu aku baik.
jadi tak payah la kau asik asik minta maaf. asik asik sms aku. kau simpan lagi nombor fon aku. padahal aku dah delete lama dah. cuma sebab aku boleh ingat nombor dengan baik tu la aku masih lagi kenal nombor fon kau. aku tak halang kau kalau nak bekawan dengan tunang aku. sila. tapi, tak payah nak bekawan dengan aku balik. kau cari je kawan lain.

kalau pun kau dah berubah, aku masih lagi serik.

terima kasih la sebab kau masih ada niat nak jadikan aku kawan kau walopun aku tak tau apa niat sebenar kau nak bekawan balik dengan aku. sama ada kau ikhlas atau tak, dah tak ada beza pun di mata aku.

selama ni kau je yang asik minta maaf kat aku. sekarang aku pulak. aku minta maaf sebab tak dapat nak bekawan balik dengan kau macam dulu. aku tak boleh nak berpura-pura suka kau, padahal dalam hati aku mengutuk tak suka. aritu aku jumpa kau pun, berat sangat mulut aku nak mulakan ayat untuk berborak dengan kau. aku senyum pun terpaksa. mengingat tunang aku je, aku sanggupkan tanya khabar kau. itu pun aku pujuk hati aku untuk bersabar. sebab tak sedap pulak rasanya tengok tunang aku borak dengan suami kau, aku pulak buat tak tau dengan kau. aku masih ada lagi perasaan. tapi, ada sedikit tak ikhlas. minta maaf sangat sangat. hati aku memang mudah terluka. lagi lagi kalau perempuan yang lukakan. sebab bagi aku, tak ada kawan perempuan yang sanggup tikam belakang kawan perempuan yang lain. tapi, aku dah jumpa kau. baru aku tau, ada rupanya. elok juga kita kenal dulu. kalau tak kenal, tak ada pengalaman aku dalam hal tikam belakang macam ni. sejak kenal kau, aku banyak berhati hati dengan kawan perempuan. aku dah susah percaya kat kawan perempuan. takut jadi balik apa yang dah jadi kat aku dulu. tapi, apapun semua tu dah lepas. aku tulis ni pun bukan sebab aku marah. aku cuma dah tak nak terima apa apa berita, sms, atau apapun pasal kau. tunang aku pun tak pernah sebut nama kau walopun kau masih lagi sms dia. aku tau. tapi aku buat buat tak tau. sekali lagi maaf. lepas ni tak payah la susah susah sms aku. kau buat buat je tak kenal aku. tu lagi baik untuk kita semua. maaf kalau aku jadi macam ni. aku terlalu sakit mengingat apa yang kau dah buat kat aku. maaf.

permintaan maaf  yang banyak kali aku sebut ni ikhlas dari aku. harap kau pun ikhlas selama ni meminta kemaafan dari aku.

goodbye.